Nota daripada Fathul Qarib, sintesis daripada syarahan Syaikh Abdullah Al-Baydhoni Al-Yemeni
فللمسافر سفرا مباحا ولو قصيرا
Soalan: Saya adalah penumpang dalam bas ke tempat kerja, boleh atau tidak saya solat sunat di dalam bas?
Jawapan:
- boleh meninggalkan qiblat ketika solat sunat, disyaratkan mesti di dalam safar samada perjalanan pendek atau panjang
- Perjalanan pendek: Bermula daripada tempat yg tidak didengari azan Jumaat sampailah ke 2 marhalah. Ini jika tiada niat untuk safar 2 marhalah atau lebih.
- Perjalanan panjang: 2 marhalah atau lebih.
- Adakah disyaratkan atas tunggangan (Rahilah) seperti kuda dan unta? Tidak. Disyariatkan meskipun berjalan kaki.
- Kalau tidak perlu hadap Qiblat, boleh ke pusing ke arah mana kita suka? Tidak boleh. Kena hadap kearah mana kita nak pergi, atau kearah Qiblat sahaja. Arah yang kita nak pergi tu macam Qiblat kita. Tapi bas pusing kanan kiri takde masalah.
Biasanya pergi ke tempat kerja akan lalu semua tempat yang akan didengari azan solat jumaat, maka hukumnya tidak boleh. Tapi ada pendapat lain kata jarak tu lebih kurang 1 batu so boleh ikut pendapat ini daripada segi jarak.
Comments
Post a Comment